Pandangan sekta-sekta Hindu lain Trimurti

Saura

Trimurti, lukisan dari Andhra Pradesh

Sekta Saura sembah Dewa Suria sebagai tuhan teragung dalam ketuhanan dan saguna brahman tidak menerima Trimurti kerana mereka percaya bahawa Dewa Suria ialah Tuhan. Versi awal Trimurti kadangkala menggantikan Brahma dengan Suria, ataupun sebagai dewa keempat dalam Trimurti yang lebih tinggi pangkatnya, dan yang tiga dewa tersebut merupakan tiga jelmaannya; Suria ialah Brahma di waktu pagi, Wisnu di waktu tengah hari dan Siva di waktu petang. Suria juga seorang anggota dalam Trimurti Veda yang asal, yang memasukkan Dewa Baruna dan Dewa Bayu. Ada pengikut Saura menyembah satu sahaja anggota Trimurti sebagai jelmaan Suria, ada yang menyembah Trimurti sebagai Trimurti sebagai jelmaan Suria, dan yang lain hanya menyembah Suria sahaja.

Patung Trimurti Sadasiwa di Pulau Gharapuri

Saiwa

Penganut Saiwa berpegang mengikut Shaiva Āgama bahawa Dewa Siwa laksanakan lima perkara - penciptaan, pemeliharaan, pembubaran, menutup limpah kurnia, dan membuka limpah kurnia. Mengikut turutan, tiga perkara awal ini dikaitkan dengan Siwa sebagai Sadyojata (seperti Brahma), Wamadewa (seperti Wisnu) dan Agora (seperti Rudra). Maka, Brahma, Wisnu dan Rudra bukanlah tuhan lain dengan Siwa, sebaliknya jelmaan Siwa. Sebagai Brahma/Sadyojata, Siwa mencipta. Sebagai Wisnu/Wamadewa, Siwa memelihara. Sebagai Rudra/Agora, dia hapuskan. Ia membandingkan fahaman yang Siwa ialah "Dewa kemusnahan." Bagi penganut Saiwa, Siwa ialah Tuhan dan laksanakan segala perkara, di mana memusnahkan hanyalah satu perkara sahaja. Oleh itu, Trimurti ialah jelmaan Siwa sendiri bagi penganut Saiwa. Penganut Saiwa percaya bahawa Mahadewa Siwa ialah yang Agung, yang memainkan peranan penting dan memiliki nama dan rupa yang sekutu dengannya, dan juga melebihi ini.[14] Sebuah contoh Trimurti dalam Saiwa ialah patung Trimurti Sadasiwa di Gua Elephanta di Pulau Gharapuri.

Brahmin

Para Brahmin menganut Brahma. Bagi mereka, Brahma ialah Parabrahaman (Brahman Tertinggi) dan Tuhan yang maha Agung, dan percaya bahawa Wisnu dan Siwa ialah anak Brahma dan jelmaannya sahaja. Dalam agama Brahmin, mereka percaya bahawa Brahma ialah sang Pencipta, Wisnu sang Pemelihara dan Siwa sang Pemusnah. Mereka percaya Brahma ialah Param-pita (Bapa induk) seluruh semesta dan dewa. Dia hanya mencipta, pelihara, dan bubar segalanya untuk mencipta lagi.

Sakta

Siwa, Wisnu, dan Brahma memuja Kali

Sekta Sakta memberi peranan Tuhan Agung dalam Trimurti bukannya kepada dewa-dewa tetapi kepada dewi-dewi: Mahasaraswati (Pencipta), Mahalaksami (Pemelihara), and Mahakali (Pemusnah). Trimurti wanita ini dipanggil Tridewi ("tiga dewi"). Dewa lelaki (Brahma, Wisnu, Siwa) diturunkan pangkat mereka sebagai dewa bantuan kepada dewika agung Tridewi.

Smarta

Trimurti dari Angkor. Diperbuat daripada batu pasir, patung ini daripada abad ke-11 TM. Dipamerkan di Muzium Negara Kemboja.

Smarta ialah sekta Hinduisme yang menekankan lima tuhan dan bukan sahaja satu.[15] Sistem "pujaan lima jelmaan" (pancāyatana puja)[16], yang dipopularkan oleh ahli falsafah dari abad ke-9 Adi Sankaracarya dari para Brahmin ortodoks dari adat Smarta, menyeru lima dewa: Ganesa, Wisnu, Brahma, Dewi dan Siwa.[17][18] Sankaracarya kemudian menambah Kartikeya kepada kelima-lima dewa ini, menjadikan ia enam. Sistem baharu ini disebarkan oleh Sankaracarya untuk satukan tuhan utama lima sekta pada pangkat yang sama.[19] Fahaman seragam ini yang didakwahkan Sankaracarya membenarkan seseorang untuk menyembah satu tuhan utama sambil juga memuja keempat-empat dewa yang lain sebagai jelmaan Brahman yang maha menyeluruh.

Waisnawa

Walaupun Wisnu Purana menyatakan yang Wisnu menjelma sebagai Brahma untuk mencipta dan sebagai Rudra (Siwa) untuk memusnah,[20] sekta Waisnawa secara umumnya tidak perakui konsep Trimurti, tetapi mereka percaya pada konsep awatara Wisnu seperti Buddha, Rama, Krishna, dsb. Mereka juga percaya bahawa Siwa dan Brahma ialah jelmaan Wisnu. Contohnya, fahaman Dwaita nyatakan bahawa Wisnu sahaja Tuhan yang maha Agung, dan Siwa lagi rendah pangkatnya, dan mentafsirkan Purana dengan berbeza. Contohnya, Vijayindra Tîrtha, seorang cendiakawan Dwaita mentafsirkan 18 purana dengan berbeza. Beliau tafsirkan purana Waisnawa sebagai satwa (teratur dan aman) dan purana Saiwa puranas sebagai tamas (gelap dan suram) dan hanya purana satwa sahaja berkuasa.[21]

Tidak seperti sekta fahaman Waisnawa lain seperti Ramanuja, Madhva dan Chaitanya, Swaminarayan, guru aliran-aliran Swaminarayan (termasuklah BAPS), tidak membezakan antara Wisnu, Brahma dan Siwa; Swaminarayan berbeza berbanding sekta Waisanawa yang lain berkenaan Wisnu dan Siwa ialah aspek berbeza dalam tuhan yang sama.[22][23][24] Tambahan pula, Swaminarayan menggunakan kaedah Smarta dengan mengarahkan pengikutnya untuk memuja kelima-lima tuhan dalam Pancayatana dengan kehormatan yang sama.[25]